Friday, November 25, 2011

Panjat: The Majestic Bukit Kutu

Bagaimana ke sana?

Dari Kuala Lumpur, ikut jalan lama menghala ke Kuala Kubu Baru hingga sampai di kawasan Empangan Kuala Kubu Baru.  Selepas jambatan besi belok ke kanan memasuki kawasan perumahan orang asli. Bila sampai di penghujung kawasan perumahan tersebut, anda akan nampak kawasan ini.

Landmark: ada air terjun yang dalam- kawasan kiri padang lapang- kawasan kanan air terjun dalam.

Bagaimana keadaan trek?

1. Lebih kurang 20 minit pertama, kami trekking secara santai, lenggang mak limah diselangi lebih kurang empat river crossing. Dua river crossing menggunakan jambatan (satu daripada jambatan tersebut adalah senget sebelah) dan dua lagi river crossing adalah dengan cara meranduk air. Air paras lutut. Sekiranya hujan, sila berhati-hati dengan fenomena kepala air.

Permulaan trek: Meniti denai- menyeberangi jambatan dan sungai

2. Selepas siri-siri river crossing habis, maka trekking pun diteruskan. Up to this point, pendakian di bukit kutu ini boleh dikategorikan agak santai juga. Jangan lupa singgah sebentar di Gua Air ini untuk top up air. Jujur aku cakap, kalau aku tak diberitahu oleh fellow otai dalam team dan juga guide iaitu, Bro Faizal Samat, kemungkinan besar aku akan melepasi kawasan ini tanpa terperasankan apa-apa signifikan mengenai kewujudan Gua Air ini.

Gua Air


3. Kalau tak silap aku, pendakian bukit kutu ini hanya ada sekali laluan pacak yang boleh dikatakan sederhana panjang dan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk diselesaikan.


Laluan pacak- mengambil nafas sebelum memanjang langkah.

4. Aku juga telah belajar satu taktik hebat untuk cover pancit- dengan mengambil gambar-gambar sekitar.


Flora yang dijumpai

5. Selain pokok berbentuk kanopi, terdapat sebilangan besar hutan buluh yang perlu ditempuhi sebelum sampai ke Gua Kambing.

Hutan Buluh


6. Gua Kambing adalah kawasan di mana terdapat batu-batu besar yang awesome. Sangat teruja menghayati batu-batu besar di gua ini. Kawasan yang dirangkumi oleh batu besar di Gua Kambing ini adalah lebih besar dari yang terdapat di Gunung Datuk.


Gua Kambing

7. Selepas melepasi Gua Kambing ini, perlu trekking lagi selama lebih kurang sejam. Dan akhirnya akan sampai di kawasan ini.




8. Kawasan ini memang luas lah. Sesuai sangat untuk dijadikan campsite di atas 3 faktor iaitu: (i) Lapang, (ii) ada sumber air dan (iii) dekat gila dengan puncak. 

Ada dua perigi di kawasan ini. Yang ada dalam gambar dan yang satu lagi. Yang satu lagi tu boleh dijadikan sumber air untuk minum.

9. Dari kawasan ini nak ke puncak dalam 5 minit sahaja berjalan. Itupun kalau stok berjalan secara santai terlampau sampai gambar tanah pun nak diambil. 

Makan-makan di batuan sederhana besar. 

10. Berhadapan kawasan batu-batuan yang sederhana besar ini, anda boleh menikmati view gunung bersambung-sambung yang mengujakan. Gambar yang aku ambil ini tidak sedikit pun menyamai ketakjuban pemandangan sebenar. 




11. Ketakjuban bukit kutu tidak berhenti di sini sahaja. Anda perlu memanjat dua batuan besar dengan menggunakan set tangga kayu yang telah dipasang oleh orang-orang yang pemurah sebelum-sebelum ini. Aku tak dapat bayangkan betapa sukarnya nak kena scaling batu tu tanpa tangga tersebut.


Puncak- maksimum menampung 6 orang.

12. Nah, anda nilaikanlah sendiri, berbaloikan mendaki 4 jam dan berperang mengatasi gayat untuk pemandangan yang sebegini indah?

Pandangan di bahagian kanan. *terima kasih Cha, Lan dan Kak Noni yang tolong capture these 3 pics*


Pemandangan kanan- real life memang awesome. Aku rasa macam tak nak kelip mata.


Keistimewaan Bukit Kutu.
Bukit Kutu ini istimewa kerana dua faktor bagi aku (1) view yang memang tidak boleh dipertikaikan ketakjubannya. (2) kesan sejarah iaitu banglo yang dikatakan peninggalan British yang terdapat berdekatan dengan puncak Bukit Kutu.  

Pesanan Penulis
Setakat pendakian aku tempoh hari, tahap kebersihan di Bukit Kutu adalah terkawal. Sama bersih macam Gunung Ledang. Cuma dekat kawasan campsite sahaja, yang ada sampah sarap yang ditinggalkan manusia terdahulu. Aku harap sampah sarap tu takkan bertambah.  Dan aku harap Bukit Kutu tidak akan menjadi sekotor Gunung Nuang. Aku  juga berharap yang suatu hari nanti aku akan bertambah kuat untuk menjadi seperti kawan-kawan aku yang sanggup mendaki untuk memungut sampah sarap pendaki-pendaki terdahulu.

Akhir kata, aku tinggalkan catatan ini dengan kata-kata, "we did not inherit the nature from our ancestors, we borrow it from our successor. The mother nature did not need the salvation. It us, and our future generation."

6 comments:

layar_lara said...

congrat, dah tawan bukit kutu...... picca ke2 terakhir tu mmg sgt awesome.....terbayekkkkkk lah...:)

phoenix said...

hampir lengkap journal kali ini. cuma ko tak letakpic/mention kediaman berlumut yg ambil masa lebih kurang 10 minit daripada puncak..kalo tak, lengkap!

anyhow, kipidapp! :)

nil said...

wahai kemuncup, tidakkah kau mahu update blog?

rowena ridzuan said...

Aku sengaja omit part tu. Konon konon nak buat separate entry. Last last aku terlupa. Lol.

rowena ridzuan said...

Thank layar lara. Tapi bila naik gunung saya tak consider saya dah tawan gunung tu. Sebab entahlah, rasa gunung tu macam terlalu besar kot utk dianggap ditawan. Hmmm. Anyway thanks for reading.

rowena ridzuan said...

Haha nil, kau lagi la terus p delete kan :p